Tuesday, August 22, 2023

MATI itu PASTI

Mati itu pasti. Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal dan maut adalah rahsia Allah. Sampai masanya, tidak lambat tidak cepat, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa tunda atau dipercepatkan.

Beberapa hari ini, aku sentiasa menerima khabar sahabat yang pernah bersama zaman sekolah mahupun kuliah, telah dipanggil PULANG kea lam abadi. Ada yang memang mempunyai sakit ada juga yang sihat tubuh badan. KEPULANGAN mereka ke dunia abadi membuat aku tersentak.

Bersediakah aku?

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Sakit atau sihat, MATI ITU PASTI. Hidup ini hanya persinggahan, Akhirat itu kekal abadi.

Dalam firman Allah; ayat 185, Surah Ali-Imran: “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya diala seorang yang berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya”.

Bersediakah aku?

Sejujurnya, aku sendiri tidak pasti sama ada bekalan untuk aku menghadapi mati mencukupi atau tidak. Kadang-kadang sedar diri ini melebihkan urusan dunia, mhanyut mengejar kegembiraan dunia sementara sehingga sengaja mengabaikan urusan dengan Pencipta, Pemilik sebenarnya. Bangun sahaja daripada tidur, Allah pinjamkan sehari lagi udara untuk bernafas, tetapi otak sudah ligat memikirkan urusan dunia yang tidak pernah akan habis. Ya, terlupa, urusan wajib, tugasan untuk bekalan ke dunia abadi sengaja dipercepatkan semata-mata untuk mengejar urusan dunia sementara. Lebih parah, bila ianya sengaja dilambat-lambatkan atau sengaja dilupakan hanya untuk memuaskan nafsu dunia yang sengaja menghanyutkan.

Biarpun cukup jelas tentang kematian itu difahami, cukup faham tentang untungnya dunia abadi, masih juga tidak sedarkan diri. Mungkin kerana yang dijanjikan di dunia nampak lebih menguntungkan sehingga lupa keuntungan sebenar adalah pintu syurga.

Cerminlah diri, tanyalah hati, apakah kebaikan dan amalan yang telah aku lakukan untuk menjamin perjalanan yang lurus untuk ke syurga Allah? Capai cermin, tanyalah pada diri, apakah aku salah seorang daripada mnusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah? Jika tiada terlintas di dalam fikiran, jika tidak terjawab pada soalan, maka masih belum terlambat untuk aku mengambil tindakan dan langkah.

Islam itu indah, Islam itu mudah. Janji Allah itu Pasti. Setiap kebaikan ada ganjarannya, setiap kesalahan akan diampuni. Maka carilah redha Allah. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam mencari redha Allah.

nsalmiah


 

Tuesday, July 12, 2022

Do Something or Do Nothing

Pilihan Hidup:-

Do Something

Buat sesuatu, memerlukan masa, keringat, wang (kadang2), belum lagi, berhasil atau tidak berhasil, penat, pening kepala and mungkin mengundang stress..

Do Nothing

Digelar pemalas, kadang-kadang rasa sentiasa dilengkap, rasa tidak pandai, kurang value, kurang dihargai, tiada pekembangan dalam diri dan boleh juga mengundang stress..

Kadangkala perasaan takut yang membataskan kita tapi ingatlah setiap pilihan ada kesannya. Dan antara dua pilihan yang berat hanya ada satu peluang kemenangan.

Tinggal pilih, mahu yang mana? Do Something or just Do Nothing! It's your Life!

Friday, April 1, 2022

Tuesday, February 15, 2022

JANGAN!

Dan JANGAN terlupa kita adalah mahluk ALLAH yang dipandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita..

#selfreminder

Tuesday, January 25, 2022

Salahkah?

Kadang-kadang, kita perlu cuba untuk lari seketika dari kehidupan biasa kita.. Supaya minda sedikit terbuka melihat ketidaksempurnaan dunia luar.. 

Sunday, January 23, 2022

Power

Powerful people not come from powerful place..
Powerful people make a place comes powerful.. 

Nemu dik?

Saturday, January 22, 2022

Thursday, January 13, 2022

Today Qoutes

Benda yang paling mahal di dunia adalah kepercayaan..

Kenapa mahal?

   Sebab untuk dapatkan kepercayaan  
   makan masa bertahun lamanya.. Tetapi 
   kepercayaan boleh musnah sekelip  
   mata sahaja..

Setuju tak? 

Tuesday, January 11, 2022

Hapuskan airmatamu, wahai anakku.

 

Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Tidurlah dengan lena tanpa rasa takut dalam pelukanku,

Takkanku biarkan ribut dan petir mengganggu tidurmu,

Bermimpilah seperti tiada esok lagi,

Semoga pagimu diberkati dan sempurna adanya.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Kehidupan tidak selalu nya cerah,

Kerana hujan pasti datang mencurah,

Tapi ingatlah wahai anakku, kadangkala air yang menitis jatuh itu,

Membawa kebahagian untuk kehidupanmu.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Ketika saat engkau diduga dan diuji,

Jangan pernah undur dan menyerah,

Teruskanlan berjuang dan melangkah kehadapan,

Kerana pasti akan ada kemenangan.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Simpankanlah segala suka dan dukamu,

Ianya akan menjadi senjata kepada kekuatan dan kematanganmu,

Belajarlah dari setiap kesalahan dan jangan ulangi kesilapanmu,

Kerana itulah sebenarnya jalan untuk setiap kehidupan.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Tiada lain pesan bondamu ini,

Jika tiada lagi aku bersamamu,

Ingatlah,

Jangan pernah melupai dan mengikari perintah agamamu,

Berbuat baiklah kepada makhluk disekitarmu,

Jagalah adab, tingkahlaku dan pertuturanmu,

Sesungguhnya, tiada lain yang penting kecuali menjaga maruahmu dan agamamu,

Kerana sekali tercela, selamanya buruk dimata.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Doa bonda untukmu,

Semoga engkau sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah Swt,

Semoga segala yang dihajati dicapai dan diberkati,

Semoga engkau diberi kesihatan yang sempurna,

Semoga rezekimu tidak putus seperti air sungai yang mengalir,

Semoga engkau memiliki baiknya budi pekerti,

Semoga engkau memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat,

Dan, semoga segala dosa-dosamu diampuni.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Maafkan bonda atas ketidaksempurnaan kehidupanmu,

Satu yang bonda mahu engkau tahu,

Bonda akan sentiasa ada disisimu,

Menjaga dan menyayangimu,

Hingga akhir hayatku.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Percayalah, Allah sentiasa ada untukmu,

Percayalah, Allah telah merancang perjalanan dan kehidupanmu,

Percayalah, Allah adalah sebaik-baik perancang,

Percayalah, Allah tidakkan memberi apa yang kita mahukan tetapi apa yang kita perlukan,

Percayalah, Allah tidakkan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya itu,

Percayalah, Bersujudlah dan Berdoalah hanya kepada Allah Swt,

Kerana Dia yang Satu,

Maha Mendengar dan Melihat, Maha Pengampun, Maha Penyembuh,

Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, Pemilik Semesta Alam.


Untukmu, Nur Ainun Natasha

Nukilan  dari Bondamu, Salmiah Nahrawi 

11072018

Monday, January 10, 2022

Doa Hari Ini


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang,

Kadang-kadang kita minta dipermudahkan, tapi masalah pula yang bertandang,

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru-hara pula yang menjelang,

Berusahalah untuk sabar kerana sabar itu perlu usaha.

"Ya ALLAH, berilah hambamu ini kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan cabaranMU ..
Ya ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuan ku .. berikanlah kepada ku keyakinan bahawa Takdir-MU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan".

Sambutlah segala kegelisahan hati dengan istighfar. Rawatlah segala kekecewaan dengan doa dan gantikan keputus-asaan dengan harapan.

Bersabarlah, wahai hati ..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Andai usaha di iringi doa, pasti ganjarannya tiba.
Andai episod semalam menjadi duka, biar hari ini menjadi kekuatan untuk berusaha.
Aamiin ♥️

Friday, January 7, 2022

YOU ARE NOT THE FIRST

 

You are may not the first,

But I am praying that you will be the last,

And forever.

 

You are not the first,

And never will be first one,

Because you are the second and will be the one who I loved to share my whole life with.

 

You are not the first,

Because you came after him,

And I choose you to be the one whom I like to be with every day until my last breath.

 

You are not the first,

Because after him,

Is you and always be you,

Today, tomorrow and the rest of my life,

So stay with me,

We will grow old together, create the path to Jannah together,

 

You are not the first,

Because after him,

I opened up my heart for you,

And it will always be you,

The person who will guide me to Jannah,

The person who will love me for who I am,

The person who will become the best father for my child,

The person who will takes the full responsibility on me and our child,

And above all,

You are the man who God send for loving me unconditionally.

#mybey #myZA

Thursday, January 6, 2022

Siapa Kita?

 Dalam hidup ini,

Jika begitu sukar untuk Mengasihi,

Janganlah jadi Pembenci.

Jika tidak ingin Berkawan,

Jangan sesekali berniat untuk Memusuhi.

Jika tidak mampu Menghargai,

Setidaknya janganlah Menghina.

Jika tidak mahu Memuji,

Janganlah berniat untuk Mengeji.

Jika tiada niat untuk Menggembirakan,

Jangan sekali menyebabkan Kesedihan.

Jika tidak mampu Memberi,

Jangan pula hak orang Diambil.

Jika tidak ingin Berbaik,

Jangan sesekali berbuat Jahat.

Jika sedang Mendongak,

Jangan lupa untuk Menunduk.

Jika tidak Senang,

Jangan pula Menyusahkan.

Kerana apa?

Setiap kata baik secara lisan atau tulisan,

Setiap perbuatan nampak atau sembunyi,

Setiap cara jelas atau kabur,

Ingatlah, semuanya hanya sebagai ujian,

Untuk mengukur keperibadian kita sebagai seorang manusia.



Wednesday, January 5, 2022

Wanita Biasa

 Aku hanya seorang wanita biasa,

Tak sehebat wanita lain,

Tak secantik wanita lain,

Tak sebaik wanita lain,

Tapi aku tahu kebiasaan aku dimatamu,

Melahirkan keluarbiasaan di dalam diri aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Yang kau lihat tidak sesempurna fizikalnya

Yang kau lihat kelihatan kasar tingkah lakunya

Yang kau lihat tiada kelemahlembutan pekertinya

Yang kau lihat tidak punyai apa-apa kecuali sejarahnya

Tapi aku tahu apa yang kau lihat hanya pandangan mata kasar sahaja.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tiada kawan yang beribu, 

Tiada teman rapat disisi,

Tiada sahabat yang memahami,

Yang kebiasaan bersendirian,

Yang kebiasaan seperti tiada arah tujuan,

Tapi semua yang kau lihat itu hanya sebahagian daripada kehidupan harian aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tidak mulia seperti Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,

Tidak juga setabah Fatimah,

Tidak berharta seperti kayanya Balqis,

Apalagi secantik Zulaikha..


Mungkin memang benar itu semua,

Aku hanya wanita biasa,

Wanita yang bukan seperti mahu Mu,

Wanita yang belum cukup sempurna pada Mu,

Wanita yang serba kekurangan dimata Mu.


Tapi perlukah aku melihat ketidaksempurnaan yang kamu gambarkan tentang diri aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa pada aku,

Hanya seorang kenalan yang hanya melihat dan mencari kekurangan pada diri Ku.


Cukuplah bagi ku 

sempurna di mata kedua ibu bapa Ku,

disenangi orang sekeliling yang rapat dengan Ku,

dicintai orang yang mencintaiku seadanya,

dihormati seperti mana aku menghormati mereka,

setabah dan sekuat mengikut kemampuan yang Allah kurniakan kepada Ku.


Jangan hanya kerna kamu pernah singgah sebentar di dalam hidup Ku dan mengatakan yang kamu cukup mengenali aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa di antara mereka yang menyayangi aku sepenuhnya dengan ikhlas dihati,

Yang sentiasa ada disisi aku saat jatuh dan bangun aku,

Cukuplah bagi aku mereka-mereka yang lebih mengenali aku dan menerima aku seadanya,

Kerna mereka-mereka ini yang menjadikan aku wanita biasa dipandangan mata tetapi luarbiasa dari pandangan hati.


00.15 am

17 November 2013



Tuesday, January 4, 2022

Curang? Pendapat aku? Jom baca!

Terpanggil untuk talk about curang.. Some one talk about story yang tengah trend sekarang iaitu #drhanapibelahtepi dan #layanganterputus..

Asalnya i dont give a damn pun tentang hal macam nie.. malas nak layan story2 yang takde kaitan dengan kehidupan aku. Cuma bila fikir balik, aku just nak share pengalaman dan apa yang aku fikir tentang hal berkaitan dengan curang nie.. Been there before so aku rasa aku layak kot nak share something.. 🤣 jangan kecam aku ok.. its just my thought je..

Dalam kes curang pada aku sebenarnya takde siapa2 salah.. So dont blame lelaki or perempuan, suami atau isteri kalau curang was happen.. Why? Jom aku bagitau pendapat aku.. 

Before start, aku nak bagitau, aku pernah dicurangi oleh my ex.. dah 8 tahun dah jadi single mom.. alhamdulillah byk benda aku belajar dari apa yang jadi.. tapi kisah cerai kt orang bukan sebab curang semata-mata, ada hal lain yang lebih berat untuk aku pikul dan lead to divorce.. ok aku tutup sampai situ dulu crita psl aku..

“Kita merancang, Allah juga merancang, Ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik dan paling sempurna. Bersyukur dan redha dengan hati yang ikhlas menerima segalanya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya sendiri. Percaya pada Allah, nescaya Allah akan gantikan yang lebih baik dan sempurna. Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan. Redha dan terimalah setiap ketentuan Allah itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik dan sempurna.”

Aku percaya apa yang jadi dalam kehidupan kita pasti ada sebab nya and da hikmah yang kita tak tahu.. Ok, mmg dh ternyata, lelaki nafsu lebih dr perempuan sbb tu dia orang dibenarkan untuk kahwin lebih dari satu.. So utk lelaki jatuh cinta pada wanita lain bukan lah satu kesalahan sbb mmg ternyata dan tertulis lelaki boleh dan dibenarkan.. Kenapa pula kita nk menidakkan kan?  Ok awalnya aku pun tak setuju dengan ayat nie "lelaki boleh je kahwin lebih so kalau terjatuhu cinta pada wanita lain tu maksudnya mmg tertulis jodoh dia lebih dr satu"  ayat nie aku pernah terima dan dengar.. tapi bila aku fikirkan balik, betul juga kan? slalu kita cakap, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi kalau lelaki miang kalau perempuan tak balas balik tak kan menjadi.. so both lah salah.. ok yang nie pun aku kurang setuju.. pada aku, mungkin ada salah lelaki dan perempuan tersebut tapi kita tak boleh nak blame 100% salah tu pada dia orang saje... sbb kadang2 salah tu pun datang dari kita sendiri... so cuba cermin balik kat mana silap nya.... ingat no body is perfect, so perempuan or lelaki yang dicurangi jangan dok fikir yang ko langsung takde silap dekat pasangan kalau.. everyone has good and bad side... everyone ok?!

Berbalik pada tujuan asal aku nk bagi pendapat ni.. aku tau akan ada orang kecam aku tapi aku nk juga bagitau kenapa aku cakap macam nie..

Ok, kita tahu perjalanan hidup kt dah Allah corakkan dari kita dalam perut mak kita lagi kan... Ajal, Rezeki, Jodoh semua dah tertulis. tetapi, Allah bukan coretkan perjalanan tu untuk kita nie ikut je, kita kena usaha dahulu, lebih usaha engkau, lebih  kau dapat.. lepas usaha, kau berdoa lepas tu tawakal dan redha.. betul kan?

Sebenarnya, pada aku, walaupun jalan kita mmg dah tertulis, tapi Allah nak kita mintak dan berdoa pada Dia untuk kehidupan yang lebih baik daripada asal coretan jalan kehidupan yang Allah coretkan tu.. sebab tu lah istilah Usaha itu hadir.. pada aku, semua manusia Allah bagi kejadian dan kehidupan yang fair dan sempurna... tapi untuk dapat lebih ko kena usaha.. bukan dok ikut je.. Doa dan mintak pada Allah untuk kehidupan yang lebih baik lebih sempurna, minta Allah jaga, lindungi dan pelihara kehidupan, minta Allah bagi kebahagian dan rezeki, mintak Allah jaga hati dan jauhkan dari dibolak balik hati tu.. Mmg aku tau certain people, mmg diaorang berdoa, aku pn, setiap sujud aku berdoa setiap kali lepas solat aku berdoa.. kenapa benda mcm nie boleh happen pada aku kan? mesti ada soalan mcm nie kua dr kepala otak korang kan? been there ok.. aku tau...

Doa kita kena betul, tepat dan yakin... so cuba kaji balik doa2 yang kita minta dengan Allah..  Ingat Allah maha mendengar, maha pengampun, maha segalanya.. Allah mendengar apa pun yang kita ucapkan walaupun hanya dalam hati tidak dikeluarkan menjadi kata-kata.. Allah menjaga hamba nya.. kalau Allah sayang Allah akan sentiasa menjaga dan berikan yang terbaik untuk hamba nya itu, walaupun dalam bentuk ujian yang teramat untuk engkau. Ingat Allah uji sebab Allah sayang, Allah uji sebab Allah tahu kau mampu hadapi ujian tu.. Allah sayang kau tu...  jadi kenapa engkau nak merungut atau nak marah2..

Allah mendengar lebih dari telinga engkau mendengar.. dan Allah juga tahu apa yang terbaik untuk engkau. Ok aku bagi contoh, kebanyakkan kita berdoa " Ya Allah, kau bagilah kebahagian dalam rumahtangga kami, Ya Allah, kalau lindungilah kami dari segala maksiat, Ya Allah, kalau bagilah rezeki pada aku." Ok aku teringat denga seorang ustaz nie, dia pernah bagitau yang kalau kita berdoa, berdoalah dengan tepat, jelas dan yakin. jangan berdoa secara general. apa yang ko minta pada Allah itu lah yang Allah makbulkan. Maka, berdoalah dengan menyebut nama pasangan masing2. minta Allah jaga hati, tidak bolak balik kan, tetapkan rasa cinta antara satu sama lain, sebut nama pasangan itu, nama anak kalau untuk doa bijak pandai, taat  dan lain2 berkaitan. Jelas, tepat dan yakin. satu lagi, kita kadang berdoa " Ya Allah, permudahkan segala urusan aku, Ya allah, jauhkan aku dari segala kejahatan dan kemudaratan yang membolehkan aku lalai atau lupa pada mu Ya Allah." kan, pernah kan kita berdoa mcm nie.. yang nie adalah salah satu doa harian aku. Ok, sebenarnya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah dengar doa kita. Mungkin lelaki yang dgn engkau sekarang bukan yang terbaik utk engkau tapi terbaik utk orang lain. lelaki yang bukan memimpin engkau ke jalan Allah atau, orang sekeliling lelaki tersebut yang boleh menggangu gugat perjalanan engkau ke syurga Allah. Faham kan maksud aku? Aku tak cakap, lelaki yang yang ko bersama sekarang tak baik.. yelah, Ustaz pun boleh bercerai dengan isteri nya walupun seorang ustazah.. mungkin ustaz tu, jalan wanita lain ke syurga Allah atau ustazah tu jalan lelaki lain ke syurga Allah... Mungkin ada sikap ustaz itu, yang membolehkan ustazah tersebut hilang sabar dan hilang tabahnya atau sebaliknya.. faham kan apa yang aku cuba sampaikan kan? dan satu juga, kadang-kadang doa orang sekeliling kita untuk kita, iaitu, mak bapak kau ke, adik beradik engkau ke sahabat engkau ke, doa dia org untuk kau senitasa bahagia, selamat dari kejahatan dan masuk syurga Allah. Ok doa rezeki sama juga. kita kadang2 berdoa, "Ya Allah kau murahkan rezeki aku Ya Allah," rezeki tu besar kot, kesihatan baik rezeki, mak bapak sihat rezeki, adik beradik baik rezeki, naik pangkat rezeki, anak rezeki, sentiasa dipermudahkan urusan pun rezeki, so rezeki bukan duit semata2.. sebab certain people pernah mengeluh kenapa duit aku tak cukup, kenapa rezeki aku kurang, mcm2 buat duit tak cukup rezeki takde.. so berdoalah dengan cara " Ya Allah, kau bagilah rezeki kewangan aku seperti air sungai yang mengalir tidak putus-putus, kau bagilah rezeki kesihatan yang sempurna untuk aku, kau halalkan setiap rezeki yang aku dapat, kalau bagilah aku rezeki keluarga yang aman dan bahagia" rezeki kan besar maksudnya.. so faham tak?

Jadi, apa pun terjadi, cermin diri sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain. Aku tau mungkin ada yang tak setuju apa yang kau bagitau nie.. aku terima kritikan atau pendapat kalau u all nak share dengan aku.. ini pendapat aku je setalah apa yang jadi pada aku selama nie.. aku terima, redah  yang jadi pada aku.. Alhamdulillah, aku sedar, ini adalah kehidupan yang aku minta selama nie, Allah tunjuk satu persatu kenapa benda nie jadi pada kehidupan aku yang lalu.. Alhamdulillah.. Jadi kenapa nak salah lah takdir.. Ingat nie "Apapun yang berlaku, jika itu kehendak Allah, pasti ada hikmah dan ganjarang nya, Allah je tahu apa yang kita perlukan dalam hidup kita, Allah je tahu yang terbaik untuk kita. Percaya pada Allah, Yakin pada Allah." Usaha, Doa dan Tawakal serta Redah. 

Ok rasanya setakat nie je kot pendapat aku, crita aku nie takde kaitan dengan siapa2 ye, dan aku tak maksudkan semua lelaki atauperempuan ye... hanya segelintir sahaja.. ada juga lelaki yang sayang dan hidup bahagia dengan pasangan masing2.. 

So, be positif ok!

Peace 




Saturday, January 1, 2022

Book of Life in 2022

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Dunia..

01012022
11.30am

Life is like a book,
Some chapter are happy and some chapter are sad,
So just follow the story and read the chapter,
Turn the page everyday so that we know what next?
With that we can understand and learn from every chapter of the story..

Book of life in 2021, we need to closed it.. Take a good one, remember and keep it for preparing the new story book of life in 2022.. Take a new road, change the path if needed or just follow along the away as 2021 written..

What ever it is and become in future, it is your book of life.. Only you know what best for you..

Wishing you the best chapter in this new year..





Friday, December 31, 2021

Good Bye 2021 Welcome 2022



A few minute left ending of 2021.. 
Good Bye 2021..
Thank you for everything..
Welcome 2022..
Am ready for new adventure..

Semoga tahun 2022 lebih memberikan kebahagian dan rezeki untuk aku dan anak aku.. 
Semoga sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah SwT. 
Aminn 






Thursday, December 30, 2021

Ayat yang aku dapat pada Tahun 2017 dari seorang Hamba Allah..

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."
 -Hamba Allah-


Gambar tiada kaitan dengan ayat di atas.. Just nak bagitau hari ni Day 5 dah check in dekat hospital.. Doakan untuk anak saya ye.. Will write a story about her one day sebab ada yg tanya kenapa kerap masuk hospital.. nanti inshaa allah i do a story about her.. 

What I Understand About Divorce?

Divorce is never easy, never wanted, never look good, at any age pun. Those who gone through with divorce akan terasa down and less confident and self-esteem. Depression after divorce is real. Huh!

Strangely, I feel blessed. Terasa segala beban dan kesedihan yang ditanggung lepas daripada bahu. Bulak la mun aku madah aku x penah rasa down or depress, tapi kekuatan untuk bangkit dan terus berjuang for your own life ya perlu. Support dari orang sekeliling sangat penting. Time tok la ko akan rasa betapa penting nya keluarga, betapa penting nya kawan-kawan kau. Why stay mun sendiri sakit nak?! 7 years ago, I feel blessed to what I have been gone through because its opened the new path and opportunity for more new beginnings. Banyak benda aku belajar dari Divorce tok.

Sekda orang mok jadi Janda koh.. tapi mun ya yang terbaik, sik salah nak. Tukar la persepsi pada Janda tok. So here aku mok juak share a few tips to overcome perasaan down and depress once Divorce happen.

1.                  Always put in mind Divorce is not end of world or end of your life. Divorce memang satu kegagalan dalam rumahtangga BUT not failure on life!

2.            There is never a right or wrong decision. You know better, so once you have make your decision, go for it and make it has the right one. Seek for advice if needed. One thing for sure, jangan lupa doa, istikarah dan last tawakal. Believe in Allah once you already put yourself to HIM. Because HE knows better.

3.                Trust yourself. Penting! Just trust yourself on whatever decision you make. Mun rasa masih ragu-ragu, seek for advice. Find your trusted family member or friend. Worse is cari Kaunselor yang rasa boleh membantu.

4.       Jangan malu! Jangan ada perasan malu jika keputusan dipolah untuk kebahagian dan ketenangan sendirik. Peduli lah dengan apa orang nak padah yang penting blessing dari parents and family. Sidak tok lebih penting dari mulut-mulut puaka luar sebab apapun terjadi sidak lah orang first yang akan tampil untuk menghulur bantuan.

5.               Keep your mind positive. Always. Walaupun ada ketika negative thought yang akan datang, INGAT, balit semula pada Allah.

6.       Never look back. Let it go! Find the new you. Go out, find the new environment, new opportunities, find the positive vibes in people around you.

7.                  Always believe in Allah. Knows that He knows better. “Kita merancang, Allah merancang, ketahuilah perancangan Allah adalah yang terbaik”. Syukur dan Redha. Doa dan Tawakal. “Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu sendiri.”

I might not the best person to talk or giving the tips on this. Tapi apa yang aku mok share adalah benda2 yang akan hadap 7 tahun lepas dengan dugaan penceraian dan ditambah dengan keadaan anak yang kurang sihat selepas  Doktor Pakar diagnos anak aku adalah pesakit Biliary Atresia (Liver Cirrhosis) at the age of 64days of life. Ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”. But Alhamdulillah, here I am stand on my feet, peacefully and happy, become stronger than yesterday and always positive.

We cannot change what has already happened, BUT we can always change the way we respond.

Sunday, December 26, 2021

How we end our 2021?

25 Disember 2021 aku menyerah kalah.. Fever start on 23 Disember 2021, on off but no jaundice for 2 days.. on the day of christmas, her eyes look yellowish and i know i need to bring her to hospital for futher action. Pada aku, benda tok dh biasa happen, tahun tok, tok kali ke 2 episod check in di speta.. Calm? Mcm aku pdh hal biasa berlaku setiap tahun so aku tauk apa perlu apa sik..

Pernah org tanyak aku, kenak suka nk bersesak ke hosp kerajaan.. Jawab aku, hospital swasta x mok trima anak aku 🤣.. Hosp kerajaan jak ada pakar utk sakit anak aku.. Usaha? mcm2 dh bkn x usaha tapi ng ya ujian Allah berik dgn aku dan anak aku, aku redha.. 8tahun kuang kuit ke hospital, dh mcm rumah ke 2 dh.. Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang anak yang kuat semangat dan senang faham.. Jauh disudut hati nya aku faham nya sebenarnya sik suka check in ctok sbb tauk sakit kenak cucuk sia sitok.. Tapi nya x penah merungut or mengeluh.. Pernah nya mdh ngn aku "nelah gaya mummy, tuhan dah berik tasha sakit mcm tok, apa boleh tasha polah agik.. ada sbb kan mcm slalu mummy cakap.. Tasha tauk tuhan sayang tasha.." 🥰

Sekda lain aku mintak dan doa, semoga diberikan kesihatan yang sempurna supaya aku boleh jaga anak aku semampu yg mungkin.. Dan semoga anak aku sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah Swt.. Aminn

"Kita merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya rancangan Allah yang terbaik". Aminn..