Wednesday, January 5, 2022

Wanita Biasa

 Aku hanya seorang wanita biasa,

Tak sehebat wanita lain,

Tak secantik wanita lain,

Tak sebaik wanita lain,

Tapi aku tahu kebiasaan aku dimatamu,

Melahirkan keluarbiasaan di dalam diri aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Yang kau lihat tidak sesempurna fizikalnya

Yang kau lihat kelihatan kasar tingkah lakunya

Yang kau lihat tiada kelemahlembutan pekertinya

Yang kau lihat tidak punyai apa-apa kecuali sejarahnya

Tapi aku tahu apa yang kau lihat hanya pandangan mata kasar sahaja.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tiada kawan yang beribu, 

Tiada teman rapat disisi,

Tiada sahabat yang memahami,

Yang kebiasaan bersendirian,

Yang kebiasaan seperti tiada arah tujuan,

Tapi semua yang kau lihat itu hanya sebahagian daripada kehidupan harian aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tidak mulia seperti Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,

Tidak juga setabah Fatimah,

Tidak berharta seperti kayanya Balqis,

Apalagi secantik Zulaikha..


Mungkin memang benar itu semua,

Aku hanya wanita biasa,

Wanita yang bukan seperti mahu Mu,

Wanita yang belum cukup sempurna pada Mu,

Wanita yang serba kekurangan dimata Mu.


Tapi perlukah aku melihat ketidaksempurnaan yang kamu gambarkan tentang diri aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa pada aku,

Hanya seorang kenalan yang hanya melihat dan mencari kekurangan pada diri Ku.


Cukuplah bagi ku 

sempurna di mata kedua ibu bapa Ku,

disenangi orang sekeliling yang rapat dengan Ku,

dicintai orang yang mencintaiku seadanya,

dihormati seperti mana aku menghormati mereka,

setabah dan sekuat mengikut kemampuan yang Allah kurniakan kepada Ku.


Jangan hanya kerna kamu pernah singgah sebentar di dalam hidup Ku dan mengatakan yang kamu cukup mengenali aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa di antara mereka yang menyayangi aku sepenuhnya dengan ikhlas dihati,

Yang sentiasa ada disisi aku saat jatuh dan bangun aku,

Cukuplah bagi aku mereka-mereka yang lebih mengenali aku dan menerima aku seadanya,

Kerna mereka-mereka ini yang menjadikan aku wanita biasa dipandangan mata tetapi luarbiasa dari pandangan hati.


00.15 am

17 November 2013



No comments:

Post a Comment