Asalnya i dont give a damn pun tentang hal macam nie.. malas nak layan story2 yang takde kaitan dengan kehidupan aku. Cuma bila fikir balik, aku just nak share pengalaman dan apa yang aku fikir tentang hal berkaitan dengan curang nie.. Been there before so aku rasa aku layak kot nak share something.. 🤣 jangan kecam aku ok.. its just my thought je..
Dalam kes curang pada aku sebenarnya takde siapa2 salah.. So dont blame lelaki or perempuan, suami atau isteri kalau curang was happen.. Why? Jom aku bagitau pendapat aku..
Before start, aku nak bagitau, aku pernah dicurangi oleh my ex.. dah 8 tahun dah jadi single mom.. alhamdulillah byk benda aku belajar dari apa yang jadi.. tapi kisah cerai kt orang bukan sebab curang semata-mata, ada hal lain yang lebih berat untuk aku pikul dan lead to divorce.. ok aku tutup sampai situ dulu crita psl aku..
“Kita merancang, Allah juga
merancang, Ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik dan paling sempurna.
Bersyukur dan redha dengan hati yang ikhlas menerima segalanya. Sesungguhnya
Allah tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya sendiri. Percaya pada
Allah, nescaya Allah akan gantikan yang lebih baik dan sempurna. Allah lebih
mengetahui apa yang kita perlukan. Redha dan terimalah setiap ketentuan Allah
itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik
dan sempurna.”
Aku percaya apa yang jadi dalam kehidupan kita pasti ada sebab nya and da hikmah yang kita tak tahu.. Ok, mmg dh ternyata, lelaki nafsu lebih dr perempuan sbb tu dia orang dibenarkan untuk kahwin lebih dari satu.. So utk lelaki jatuh cinta pada wanita lain bukan lah satu kesalahan sbb mmg ternyata dan tertulis lelaki boleh dan dibenarkan.. Kenapa pula kita nk menidakkan kan? Ok awalnya aku pun tak setuju dengan ayat nie "lelaki boleh je kahwin lebih so kalau terjatuhu cinta pada wanita lain tu maksudnya mmg tertulis jodoh dia lebih dr satu" ayat nie aku pernah terima dan dengar.. tapi bila aku fikirkan balik, betul juga kan? slalu kita cakap, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, jadi kalau lelaki miang kalau perempuan tak balas balik tak kan menjadi.. so both lah salah.. ok yang nie pun aku kurang setuju.. pada aku, mungkin ada salah lelaki dan perempuan tersebut tapi kita tak boleh nak blame 100% salah tu pada dia orang saje... sbb kadang2 salah tu pun datang dari kita sendiri... so cuba cermin balik kat mana silap nya.... ingat no body is perfect, so perempuan or lelaki yang dicurangi jangan dok fikir yang ko langsung takde silap dekat pasangan kalau.. everyone has good and bad side... everyone ok?!
Berbalik pada tujuan asal aku nk bagi pendapat ni.. aku tau akan ada orang kecam aku tapi aku nk juga bagitau kenapa aku cakap macam nie..
Ok, kita tahu perjalanan hidup kt dah Allah corakkan dari kita dalam perut mak kita lagi kan... Ajal, Rezeki, Jodoh semua dah tertulis. tetapi, Allah bukan coretkan perjalanan tu untuk kita nie ikut je, kita kena usaha dahulu, lebih usaha engkau, lebih kau dapat.. lepas usaha, kau berdoa lepas tu tawakal dan redha.. betul kan?
Sebenarnya, pada aku, walaupun jalan kita mmg dah tertulis, tapi Allah nak kita mintak dan berdoa pada Dia untuk kehidupan yang lebih baik daripada asal coretan jalan kehidupan yang Allah coretkan tu.. sebab tu lah istilah Usaha itu hadir.. pada aku, semua manusia Allah bagi kejadian dan kehidupan yang fair dan sempurna... tapi untuk dapat lebih ko kena usaha.. bukan dok ikut je.. Doa dan mintak pada Allah untuk kehidupan yang lebih baik lebih sempurna, minta Allah jaga, lindungi dan pelihara kehidupan, minta Allah bagi kebahagian dan rezeki, mintak Allah jaga hati dan jauhkan dari dibolak balik hati tu.. Mmg aku tau certain people, mmg diaorang berdoa, aku pn, setiap sujud aku berdoa setiap kali lepas solat aku berdoa.. kenapa benda mcm nie boleh happen pada aku kan? mesti ada soalan mcm nie kua dr kepala otak korang kan? been there ok.. aku tau...
Doa kita kena betul, tepat dan yakin... so cuba kaji balik doa2 yang kita minta dengan Allah.. Ingat Allah maha mendengar, maha pengampun, maha segalanya.. Allah mendengar apa pun yang kita ucapkan walaupun hanya dalam hati tidak dikeluarkan menjadi kata-kata.. Allah menjaga hamba nya.. kalau Allah sayang Allah akan sentiasa menjaga dan berikan yang terbaik untuk hamba nya itu, walaupun dalam bentuk ujian yang teramat untuk engkau. Ingat Allah uji sebab Allah sayang, Allah uji sebab Allah tahu kau mampu hadapi ujian tu.. Allah sayang kau tu... jadi kenapa engkau nak merungut atau nak marah2..
Allah mendengar lebih dari telinga engkau mendengar.. dan Allah juga tahu apa yang terbaik untuk engkau. Ok aku bagi contoh, kebanyakkan kita berdoa " Ya Allah, kau bagilah kebahagian dalam rumahtangga kami, Ya Allah, kalau lindungilah kami dari segala maksiat, Ya Allah, kalau bagilah rezeki pada aku." Ok aku teringat denga seorang ustaz nie, dia pernah bagitau yang kalau kita berdoa, berdoalah dengan tepat, jelas dan yakin. jangan berdoa secara general. apa yang ko minta pada Allah itu lah yang Allah makbulkan. Maka, berdoalah dengan menyebut nama pasangan masing2. minta Allah jaga hati, tidak bolak balik kan, tetapkan rasa cinta antara satu sama lain, sebut nama pasangan itu, nama anak kalau untuk doa bijak pandai, taat dan lain2 berkaitan. Jelas, tepat dan yakin. satu lagi, kita kadang berdoa " Ya Allah, permudahkan segala urusan aku, Ya allah, jauhkan aku dari segala kejahatan dan kemudaratan yang membolehkan aku lalai atau lupa pada mu Ya Allah." kan, pernah kan kita berdoa mcm nie.. yang nie adalah salah satu doa harian aku. Ok, sebenarnya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah dengar doa kita. Mungkin lelaki yang dgn engkau sekarang bukan yang terbaik utk engkau tapi terbaik utk orang lain. lelaki yang bukan memimpin engkau ke jalan Allah atau, orang sekeliling lelaki tersebut yang boleh menggangu gugat perjalanan engkau ke syurga Allah. Faham kan maksud aku? Aku tak cakap, lelaki yang yang ko bersama sekarang tak baik.. yelah, Ustaz pun boleh bercerai dengan isteri nya walupun seorang ustazah.. mungkin ustaz tu, jalan wanita lain ke syurga Allah atau ustazah tu jalan lelaki lain ke syurga Allah... Mungkin ada sikap ustaz itu, yang membolehkan ustazah tersebut hilang sabar dan hilang tabahnya atau sebaliknya.. faham kan apa yang aku cuba sampaikan kan? dan satu juga, kadang-kadang doa orang sekeliling kita untuk kita, iaitu, mak bapak kau ke, adik beradik engkau ke sahabat engkau ke, doa dia org untuk kau senitasa bahagia, selamat dari kejahatan dan masuk syurga Allah. Ok doa rezeki sama juga. kita kadang2 berdoa, "Ya Allah kau murahkan rezeki aku Ya Allah," rezeki tu besar kot, kesihatan baik rezeki, mak bapak sihat rezeki, adik beradik baik rezeki, naik pangkat rezeki, anak rezeki, sentiasa dipermudahkan urusan pun rezeki, so rezeki bukan duit semata2.. sebab certain people pernah mengeluh kenapa duit aku tak cukup, kenapa rezeki aku kurang, mcm2 buat duit tak cukup rezeki takde.. so berdoalah dengan cara " Ya Allah, kau bagilah rezeki kewangan aku seperti air sungai yang mengalir tidak putus-putus, kau bagilah rezeki kesihatan yang sempurna untuk aku, kau halalkan setiap rezeki yang aku dapat, kalau bagilah aku rezeki keluarga yang aman dan bahagia" rezeki kan besar maksudnya.. so faham tak?
Jadi, apa pun terjadi, cermin diri sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain. Aku tau mungkin ada yang tak setuju apa yang kau bagitau nie.. aku terima kritikan atau pendapat kalau u all nak share dengan aku.. ini pendapat aku je setalah apa yang jadi pada aku selama nie.. aku terima, redah yang jadi pada aku.. Alhamdulillah, aku sedar, ini adalah kehidupan yang aku minta selama nie, Allah tunjuk satu persatu kenapa benda nie jadi pada kehidupan aku yang lalu.. Alhamdulillah.. Jadi kenapa nak salah lah takdir.. Ingat nie "Apapun yang berlaku, jika itu kehendak Allah, pasti ada hikmah dan ganjarang nya, Allah je tahu apa yang kita perlukan dalam hidup kita, Allah je tahu yang terbaik untuk kita. Percaya pada Allah, Yakin pada Allah." Usaha, Doa dan Tawakal serta Redah.
Ok rasanya setakat nie je kot pendapat aku, crita aku nie takde kaitan dengan siapa2 ye, dan aku tak maksudkan semua lelaki atauperempuan ye... hanya segelintir sahaja.. ada juga lelaki yang sayang dan hidup bahagia dengan pasangan masing2..
So, be positif ok!
Peace
No comments:
Post a Comment