Saturday, January 22, 2022

Thursday, January 13, 2022

Today Qoutes

Benda yang paling mahal di dunia adalah kepercayaan..

Kenapa mahal?

   Sebab untuk dapatkan kepercayaan  
   makan masa bertahun lamanya.. Tetapi 
   kepercayaan boleh musnah sekelip  
   mata sahaja..

Setuju tak? 

Tuesday, January 11, 2022

Hapuskan airmatamu, wahai anakku.

 

Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Tidurlah dengan lena tanpa rasa takut dalam pelukanku,

Takkanku biarkan ribut dan petir mengganggu tidurmu,

Bermimpilah seperti tiada esok lagi,

Semoga pagimu diberkati dan sempurna adanya.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Kehidupan tidak selalu nya cerah,

Kerana hujan pasti datang mencurah,

Tapi ingatlah wahai anakku, kadangkala air yang menitis jatuh itu,

Membawa kebahagian untuk kehidupanmu.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Ketika saat engkau diduga dan diuji,

Jangan pernah undur dan menyerah,

Teruskanlan berjuang dan melangkah kehadapan,

Kerana pasti akan ada kemenangan.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Simpankanlah segala suka dan dukamu,

Ianya akan menjadi senjata kepada kekuatan dan kematanganmu,

Belajarlah dari setiap kesalahan dan jangan ulangi kesilapanmu,

Kerana itulah sebenarnya jalan untuk setiap kehidupan.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Tiada lain pesan bondamu ini,

Jika tiada lagi aku bersamamu,

Ingatlah,

Jangan pernah melupai dan mengikari perintah agamamu,

Berbuat baiklah kepada makhluk disekitarmu,

Jagalah adab, tingkahlaku dan pertuturanmu,

Sesungguhnya, tiada lain yang penting kecuali menjaga maruahmu dan agamamu,

Kerana sekali tercela, selamanya buruk dimata.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Doa bonda untukmu,

Semoga engkau sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah Swt,

Semoga segala yang dihajati dicapai dan diberkati,

Semoga engkau diberi kesihatan yang sempurna,

Semoga rezekimu tidak putus seperti air sungai yang mengalir,

Semoga engkau memiliki baiknya budi pekerti,

Semoga engkau memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat,

Dan, semoga segala dosa-dosamu diampuni.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Maafkan bonda atas ketidaksempurnaan kehidupanmu,

Satu yang bonda mahu engkau tahu,

Bonda akan sentiasa ada disisimu,

Menjaga dan menyayangimu,

Hingga akhir hayatku.


Hapuskan airmatamu, wahai anakku,

Percayalah, Allah sentiasa ada untukmu,

Percayalah, Allah telah merancang perjalanan dan kehidupanmu,

Percayalah, Allah adalah sebaik-baik perancang,

Percayalah, Allah tidakkan memberi apa yang kita mahukan tetapi apa yang kita perlukan,

Percayalah, Allah tidakkan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya itu,

Percayalah, Bersujudlah dan Berdoalah hanya kepada Allah Swt,

Kerana Dia yang Satu,

Maha Mendengar dan Melihat, Maha Pengampun, Maha Penyembuh,

Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, Pemilik Semesta Alam.


Untukmu, Nur Ainun Natasha

Nukilan  dari Bondamu, Salmiah Nahrawi 

11072018

Monday, January 10, 2022

Doa Hari Ini


Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang datang,

Kadang-kadang kita minta dipermudahkan, tapi masalah pula yang bertandang,

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru-hara pula yang menjelang,

Berusahalah untuk sabar kerana sabar itu perlu usaha.

"Ya ALLAH, berilah hambamu ini kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan cabaranMU ..
Ya ALLAH, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuan ku .. berikanlah kepada ku keyakinan bahawa Takdir-MU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan".

Sambutlah segala kegelisahan hati dengan istighfar. Rawatlah segala kekecewaan dengan doa dan gantikan keputus-asaan dengan harapan.

Bersabarlah, wahai hati ..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Andai usaha di iringi doa, pasti ganjarannya tiba.
Andai episod semalam menjadi duka, biar hari ini menjadi kekuatan untuk berusaha.
Aamiin ♥️

Friday, January 7, 2022

YOU ARE NOT THE FIRST

 

You are may not the first,

But I am praying that you will be the last,

And forever.

 

You are not the first,

And never will be first one,

Because you are the second and will be the one who I loved to share my whole life with.

 

You are not the first,

Because you came after him,

And I choose you to be the one whom I like to be with every day until my last breath.

 

You are not the first,

Because after him,

Is you and always be you,

Today, tomorrow and the rest of my life,

So stay with me,

We will grow old together, create the path to Jannah together,

 

You are not the first,

Because after him,

I opened up my heart for you,

And it will always be you,

The person who will guide me to Jannah,

The person who will love me for who I am,

The person who will become the best father for my child,

The person who will takes the full responsibility on me and our child,

And above all,

You are the man who God send for loving me unconditionally.

#mybey #myZA

Thursday, January 6, 2022

Siapa Kita?

 Dalam hidup ini,

Jika begitu sukar untuk Mengasihi,

Janganlah jadi Pembenci.

Jika tidak ingin Berkawan,

Jangan sesekali berniat untuk Memusuhi.

Jika tidak mampu Menghargai,

Setidaknya janganlah Menghina.

Jika tidak mahu Memuji,

Janganlah berniat untuk Mengeji.

Jika tiada niat untuk Menggembirakan,

Jangan sekali menyebabkan Kesedihan.

Jika tidak mampu Memberi,

Jangan pula hak orang Diambil.

Jika tidak ingin Berbaik,

Jangan sesekali berbuat Jahat.

Jika sedang Mendongak,

Jangan lupa untuk Menunduk.

Jika tidak Senang,

Jangan pula Menyusahkan.

Kerana apa?

Setiap kata baik secara lisan atau tulisan,

Setiap perbuatan nampak atau sembunyi,

Setiap cara jelas atau kabur,

Ingatlah, semuanya hanya sebagai ujian,

Untuk mengukur keperibadian kita sebagai seorang manusia.



Wednesday, January 5, 2022

Wanita Biasa

 Aku hanya seorang wanita biasa,

Tak sehebat wanita lain,

Tak secantik wanita lain,

Tak sebaik wanita lain,

Tapi aku tahu kebiasaan aku dimatamu,

Melahirkan keluarbiasaan di dalam diri aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Yang kau lihat tidak sesempurna fizikalnya

Yang kau lihat kelihatan kasar tingkah lakunya

Yang kau lihat tiada kelemahlembutan pekertinya

Yang kau lihat tidak punyai apa-apa kecuali sejarahnya

Tapi aku tahu apa yang kau lihat hanya pandangan mata kasar sahaja.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tiada kawan yang beribu, 

Tiada teman rapat disisi,

Tiada sahabat yang memahami,

Yang kebiasaan bersendirian,

Yang kebiasaan seperti tiada arah tujuan,

Tapi semua yang kau lihat itu hanya sebahagian daripada kehidupan harian aku.


Aku hanya seorang wanita biasa,

Tidak mulia seperti Khadijah,

Tidaklah setaqwa Aisyah,

Tidak juga setabah Fatimah,

Tidak berharta seperti kayanya Balqis,

Apalagi secantik Zulaikha..


Mungkin memang benar itu semua,

Aku hanya wanita biasa,

Wanita yang bukan seperti mahu Mu,

Wanita yang belum cukup sempurna pada Mu,

Wanita yang serba kekurangan dimata Mu.


Tapi perlukah aku melihat ketidaksempurnaan yang kamu gambarkan tentang diri aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa pada aku,

Hanya seorang kenalan yang hanya melihat dan mencari kekurangan pada diri Ku.


Cukuplah bagi ku 

sempurna di mata kedua ibu bapa Ku,

disenangi orang sekeliling yang rapat dengan Ku,

dicintai orang yang mencintaiku seadanya,

dihormati seperti mana aku menghormati mereka,

setabah dan sekuat mengikut kemampuan yang Allah kurniakan kepada Ku.


Jangan hanya kerna kamu pernah singgah sebentar di dalam hidup Ku dan mengatakan yang kamu cukup mengenali aku,

Kerna kamu bukan siapa-siapa di antara mereka yang menyayangi aku sepenuhnya dengan ikhlas dihati,

Yang sentiasa ada disisi aku saat jatuh dan bangun aku,

Cukuplah bagi aku mereka-mereka yang lebih mengenali aku dan menerima aku seadanya,

Kerna mereka-mereka ini yang menjadikan aku wanita biasa dipandangan mata tetapi luarbiasa dari pandangan hati.


00.15 am

17 November 2013