Thursday, December 16, 2021

Dialah Sahabatku

 Episod 2

"Assalamualaikum Puan Siti Aisha, saya Ain Azura, staf baru di pejabat puan melapor diri untuk bertugas". Sejak pengenalan itu, aku selalu keluar lunch dengan Zura. Dia je staf yang aku senang untuk bersama ketika mahu menghabiskan masa selain berkaitan dengan kerja. Sebab aku rasa Zura je faham perangai aku yang pelik. Sebelum Azura joinning the office, aku seorang yang jenis bersendirian. Makan, minum keluar semua berseorangan. Dia orang yang faham dan boleh ikut cara aku.Tapi Zura senang sangat berada disisinya. Kerana dia aku kenal erti sahabat yang sanggup susah senang untuk aku. Pernah ketika itu, aku rosak kereta jauh dari pejabat, Zura sanggup datang ambil aku dan mengambil aku setiap pagi untuk turun kerja bersama-sama sehingga kereta aku siap. Tak perbah minta satu sen pun duit aku untuk minyak or toll walaupun rumah dia dan rumah aku jarak nya agak jauh. KL jammed kot tapi dia tak pernah mengeluh. 

Awalnya aku fikir sebab aku boss dia, sehingga aku boleh memikirkan hal negetif pasal dia nak kipas aku sebab nak senang naik pangkat, tapi rupanya aku silap. Jahat kan aku! haha..


Nota kaki:

Nanti aku sambung lagi cerita nie ye.. peace!

No comments:

Post a Comment