Mati itu pasti. Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal dan maut adalah rahsia Allah. Sampai masanya, tidak lambat tidak cepat, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa tunda atau dipercepatkan.
Beberapa hari ini, aku sentiasa
menerima khabar sahabat yang pernah bersama zaman sekolah mahupun kuliah, telah
dipanggil PULANG kea lam abadi. Ada yang memang mempunyai sakit ada juga yang
sihat tubuh badan. KEPULANGAN mereka ke dunia abadi membuat aku tersentak.
Bersediakah aku?
Sakit bukan bermakna ajal
dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Sakit atau sihat, MATI ITU
PASTI. Hidup ini hanya persinggahan, Akhirat itu kekal abadi.
Dalam firman Allah; ayat
185, Surah Ali-Imran: “Setiap jiwa pasti
akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan
pahalmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
maka sesungguhnya diala seorang yang berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain
hanyalah kesenangan yang memperdaya”.
Bersediakah aku?
Sejujurnya, aku sendiri tidak
pasti sama ada bekalan untuk aku menghadapi mati mencukupi atau tidak.
Kadang-kadang sedar diri ini melebihkan urusan dunia, mhanyut mengejar
kegembiraan dunia sementara sehingga sengaja mengabaikan urusan dengan Pencipta,
Pemilik sebenarnya. Bangun sahaja daripada tidur, Allah pinjamkan sehari lagi
udara untuk bernafas, tetapi otak sudah ligat memikirkan urusan dunia yang
tidak pernah akan habis. Ya, terlupa, urusan wajib, tugasan untuk bekalan ke
dunia abadi sengaja dipercepatkan semata-mata untuk mengejar urusan dunia
sementara. Lebih parah, bila ianya sengaja dilambat-lambatkan atau sengaja
dilupakan hanya untuk memuaskan nafsu dunia yang sengaja menghanyutkan.
Biarpun cukup jelas tentang
kematian itu difahami, cukup faham tentang untungnya dunia abadi, masih juga
tidak sedarkan diri. Mungkin kerana yang dijanjikan di dunia nampak lebih
menguntungkan sehingga lupa keuntungan sebenar adalah pintu syurga.
Cerminlah diri, tanyalah hati,
apakah kebaikan dan amalan yang telah aku lakukan untuk menjamin perjalanan
yang lurus untuk ke syurga Allah? Capai cermin, tanyalah pada diri, apakah aku
salah seorang daripada mnusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah? Jika tiada
terlintas di dalam fikiran, jika tidak terjawab pada soalan, maka masih belum
terlambat untuk aku mengambil tindakan dan langkah.
Islam itu indah, Islam itu mudah.
Janji Allah itu Pasti. Setiap kebaikan ada ganjarannya, setiap kesalahan akan
diampuni. Maka carilah redha Allah. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam
mencari redha Allah.
nsalmiah