Tuesday, August 22, 2023

MATI itu PASTI

Mati itu pasti. Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal dan maut adalah rahsia Allah. Sampai masanya, tidak lambat tidak cepat, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa tunda atau dipercepatkan.

Beberapa hari ini, aku sentiasa menerima khabar sahabat yang pernah bersama zaman sekolah mahupun kuliah, telah dipanggil PULANG kea lam abadi. Ada yang memang mempunyai sakit ada juga yang sihat tubuh badan. KEPULANGAN mereka ke dunia abadi membuat aku tersentak.

Bersediakah aku?

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Sakit atau sihat, MATI ITU PASTI. Hidup ini hanya persinggahan, Akhirat itu kekal abadi.

Dalam firman Allah; ayat 185, Surah Ali-Imran: “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya diala seorang yang berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya”.

Bersediakah aku?

Sejujurnya, aku sendiri tidak pasti sama ada bekalan untuk aku menghadapi mati mencukupi atau tidak. Kadang-kadang sedar diri ini melebihkan urusan dunia, mhanyut mengejar kegembiraan dunia sementara sehingga sengaja mengabaikan urusan dengan Pencipta, Pemilik sebenarnya. Bangun sahaja daripada tidur, Allah pinjamkan sehari lagi udara untuk bernafas, tetapi otak sudah ligat memikirkan urusan dunia yang tidak pernah akan habis. Ya, terlupa, urusan wajib, tugasan untuk bekalan ke dunia abadi sengaja dipercepatkan semata-mata untuk mengejar urusan dunia sementara. Lebih parah, bila ianya sengaja dilambat-lambatkan atau sengaja dilupakan hanya untuk memuaskan nafsu dunia yang sengaja menghanyutkan.

Biarpun cukup jelas tentang kematian itu difahami, cukup faham tentang untungnya dunia abadi, masih juga tidak sedarkan diri. Mungkin kerana yang dijanjikan di dunia nampak lebih menguntungkan sehingga lupa keuntungan sebenar adalah pintu syurga.

Cerminlah diri, tanyalah hati, apakah kebaikan dan amalan yang telah aku lakukan untuk menjamin perjalanan yang lurus untuk ke syurga Allah? Capai cermin, tanyalah pada diri, apakah aku salah seorang daripada mnusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah? Jika tiada terlintas di dalam fikiran, jika tidak terjawab pada soalan, maka masih belum terlambat untuk aku mengambil tindakan dan langkah.

Islam itu indah, Islam itu mudah. Janji Allah itu Pasti. Setiap kebaikan ada ganjarannya, setiap kesalahan akan diampuni. Maka carilah redha Allah. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam mencari redha Allah.

nsalmiah


 

Tuesday, July 12, 2022

Do Something or Do Nothing

Pilihan Hidup:-

Do Something

Buat sesuatu, memerlukan masa, keringat, wang (kadang2), belum lagi, berhasil atau tidak berhasil, penat, pening kepala and mungkin mengundang stress..

Do Nothing

Digelar pemalas, kadang-kadang rasa sentiasa dilengkap, rasa tidak pandai, kurang value, kurang dihargai, tiada pekembangan dalam diri dan boleh juga mengundang stress..

Kadangkala perasaan takut yang membataskan kita tapi ingatlah setiap pilihan ada kesannya. Dan antara dua pilihan yang berat hanya ada satu peluang kemenangan.

Tinggal pilih, mahu yang mana? Do Something or just Do Nothing! It's your Life!

Friday, April 1, 2022

Tuesday, February 15, 2022

JANGAN!

Dan JANGAN terlupa kita adalah mahluk ALLAH yang dipandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita..

#selfreminder

Tuesday, January 25, 2022

Salahkah?

Kadang-kadang, kita perlu cuba untuk lari seketika dari kehidupan biasa kita.. Supaya minda sedikit terbuka melihat ketidaksempurnaan dunia luar.. 

Sunday, January 23, 2022

Power

Powerful people not come from powerful place..
Powerful people make a place comes powerful.. 

Nemu dik?